Pages

Saturday, May 28, 2011

2. Melayu Dan Hasad Dengki

CUKUP-CUKUP GERAM

Melayu dan hasad dengki pada aku mmg x dapat nak dipisahkan. aku x tau la kenapa bangsa aku ni mcm ni. Alangkah baiknya jika orang melayu lebih suka untuk cemburu dari berhasad dengki. Ada org rasa 2 perkataan ni sama maksudnya. anyway jauh sangat perbezaannya. 

aku mula kan dengan cemburu. cemburu ni cukup bagus. jika kita ada perasaan cemburu, kita akan turut sama berusaha untuk capai kejayaan yg org lain capai. for sure la kene yg BAIK. Let say, abu cemburu melihat Ali sering kali dipuji cikgu A kerana mendapat markah yg tinggi dalam ujian oleh itu, Abu bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh mendapat markah yg baik dan dipuji oleh guru (hahaha, x ikhlas belajor)..

Macam mana plak dengan dengki????
Dengki ni lebih kurang mcm ni la.... sebagai contoh yer... Oleh kerana perasaan hasad dengki yg cukup menebal di dalam hati abu, abu telah mencuri buku Ali supaya Ali akan dimarahi oleh guru. Apa yang Abu dapat selepas mencuri buku Ali tu? x dapat apa2 kan.. 

Bila bercakap pasal dengki mendengki ni... aku terkenangkan keluarga aku yang sering kali dilanda musibah khianat org. yg cukup mengecewakan aku... org melayu yg lakukan kesemuanya ni.. Teringat sewaktu aku kecil, family aku berniaga secara kecil-kecilan. Membuka gerai laksa, soya , roti john. Pada awalnya cukup memberangsangkan, namun rupa2nya panas yang diharap x sampai ke petang. perniagaan keluarga kami dilanda satu musibah. TERKENA SIHIR.


Korang tau aper yg jd kat perniagaan family aku, ni aku cerita simpton2nya (ewah... mcm penyakit la plak)
1. Gerai family kami x kelihatan (visiable). pernah satu hari selepas sihir tu dah dicabut, ader pembeli yg bertanya " Cikgu, mana cikgu pergi seminggu ni? pergi bercuti ker?.. tanya seorang pembeli kepada abah aku. .Yang peliknya.. kami x pernah bercuti. berniaga seperti biasa.
2. Semasa bulan puasa satu ketika dahulu, kami berniaga air soya dan taufufa di bazar ramadhan. tau aper yg jd?? sewaktu memasak air soya tersebut, ia akan basi terus walaupun tengah2 panas. ia akan berketul2 mcm taufufa x jd. dan lebih mengejutkan lagi. ader seketul batu kerikil (batu jalan) dalam setiap periuk besar yang digunakan tuk memasak soya tersebut. Aper kejadah nak masukkan batu jalan yang besar penumbuk tu... 
3. Sekarang family kami menjalankan perniagaan kedai bundle... pernah disihir juga..pada satu ketika, satu kedai berbau kemenyan... hmmmmmm...dan mcm2 lagi la yang pernah berlaku

Sihir ni satu syirik. Dosanya tidak kerampum. So, nasihat aku... jangan lah kita dengki mendengki dengan org lain terutamanya dengan org sebangsa dan seagaam dengan kita. Allah itu maha adil, setiap perbuatan akan ada balasan walaupun berbuatan jahat itu hanyalah sebesar zarah...

1. First post eva...

Assalamualaikum..

ni first time aku post personal blog. Memang amat teruja . senyum sendiri :)
banyak sebab aku wujudkan blog ni. tuk berkongsi cerita. tuk dokumentasikan semua cerita suka n duka aku ( hahaha, mmg poyo kan ayat aku). aku x kesah pasal viewer... asal aku x kesah, bukan ke blog ni ditulis tuk bg org baca??? jawpan aku mudah... aku pentingkan diri aku sendiri.. aku bukan nak puaskan hati pembaca.. tp aku nak puaskan hati aku. mungkin dengan cara ini, aku dpt luahkan segala yg terpendam dlm jiwa ngn kadang ibarat ombak di pantai...

dah lama berniat nak ader blog sendiri...
aku sedar yg aku mmg x der bakat dalam penulisan. sejak sekolah rendah lg aku sedar akan kelemahan aku ni. walaupun aku anak seorang guru yg ditugaskan oleh kementerian pendidikan untuk menyemak kertas soalan bahasa melayu penulisan, mungkin bakat tu x jatuh kat aku.. kirenyer pepatah melayu yg berbunyi " bapak Borek , Anak rintek" or " mana x tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi" tu x sesuai tu aku.. anyway, sekurang-kurangnya aku follow jugak jejak langkah ayah aku tuk turut sama menjadi aku.. can u guess what i will teach??? huhuhu!! of couse la my favourite subject Math..